TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana
terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang
kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan
sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik
yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul
dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik,
kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau.
TARIAN MELAYU
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan
Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri
sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama
romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang
mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
TARIAN JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah
sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang
dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami
pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di
Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
TARIAN
SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik
padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di
kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian
ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari
beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah,
pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan
pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah
seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang
yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja).
Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis
kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada
kalanya berlarutan hingga jauh malam.
TARIAN INDIA
TARIAN BHARATHANATYAM
Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India.
Istilah “bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).
Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai
manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara
India. Natya Sastra ditulis oleh
Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.
Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang
menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin
sepanjang hayat. Golongan devadasi
membuat persembahan bharatanatyam di
kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.
Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan
pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.
Terdapat dua bahagian utama
dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk
pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan
kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.
Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana
penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para
penonton melalui gerak-geri (abhinaya)
penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang
dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.
Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).
Pergerakan penari adalah
secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka
aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya
secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata digerakkan.
TARIAN KOLATTAM
Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka untuk mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.
TARIAN KATHAKALI
Kathakali adalah tarian
yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal
yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan
kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta
kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang
dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat
dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa
setan). Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata
dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
TARIAN CINA
TARIAN NAGA
Tarian
naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal
daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.
Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat
sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian
menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja
naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga
telah
menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.
menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.
Pada
perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat
bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah
menjadi tarian rakyat yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai
cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang
meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.
Bahan
utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan
lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi. Terdapat
satu "naga", jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar,
kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik. Orang ramai menyalakan lilin atau
lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu
malam dan ia sangat menarik. Adat bermain naga telah dibawa ke luar
negara. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan
menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.
Bermain
singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional China, juga adalah
aktiviti yang popular. Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru
yang datang untuk menambah keseronokan. Adat ini telah berusia seribu
tahun. Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk serta boleh
dibahagikan kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan. Bentuk,
corak, warna dan banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa selatan.
Mengapa
orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun Baru yang datang? Menurut
legenda, pada awal Dinasti Ming, di Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap
tahun baru, raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan manusia
dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat takutkannya. Kemudian, ada seseorang
telah mencadangkan cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya
raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk
tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib
baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa
untuk meraikan Tahun Baru.
TARIAN KIPAS
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak.
Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada
majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita.
Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah
kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan
dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang
panjang yang disemat pada bahu.
Namun begitu,
terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita
dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang
sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan
satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’
merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap
kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan
kepada seluruh anggota masyarakat.
TARIAN SABAH
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.
Tarian
ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga
dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut
hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya
tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian
dan sebagainya.
Persembahan
tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya
dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari
keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran
dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi,
(gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi
itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga
yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan
oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari
mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan
penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika
dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat
perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan
atau rangsangan daripada para penonton.
TARIAN SARAWAK
Tarian Ngajat merupakan
tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular
dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat
Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu
pala”. Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai,
tarian ini dipersembahkan.
Penari lelaki digelar
sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. Semasa
menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’
ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak
dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan
buru-buru burung juda dipakai.
Penari-penari akan menari
tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian
dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang
di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri. Mereka akan
nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.
Bagi membunyikan lagu
iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gong,
gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu, untuk ber’Rayah’
sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu
kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.
TARIAN KENYALANG
Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
Tarian Kenyalang boleh
ditarikan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang
deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari
apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung kenyalang ini melambangkan
sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan.
Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan
secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.
VIDEO TARIAN MASYARAKAT MALAYSIA
Tarian Zapin
Tarian joget
Tarian Ngajat