Saturday, 22 August 2015

CIKGU TARISHINI


TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA

   Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau.


TARIAN MELAYU

TARIAN MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.



TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.


 
TARIAN JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.




TARIAN SARAH

Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.


   Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.








TARIAN INDIA 

TARIAN BHARATHANATYAM

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).

Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.

Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.

Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.

Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.

Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.

Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).

Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata digerakkan.









TARIAN KOLATTAM


Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka  untuk mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.


TARIAN KATHAKALI
Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan). Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.




TARIAN CINA 

TARIAN NAGA 


Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.  Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga telah 
 menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.
Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.

Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi. Terdapat satu "naga", jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik. Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia sangat menarik.  Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.




 TARIAN SINGA


Bermain singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional China, juga adalah aktiviti yang popular.  Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah keseronokan. Adat ini telah berusia seribu tahun.  Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk serta boleh dibahagikan kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan.  Bentuk, corak, warna dan banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa selatan.

Mengapa orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun Baru yang datang? Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru, raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat takutkannya. Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.




TARIAN KIPAS
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.

        Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat.

               


TARIAN SABAH

TARIAN SUMAZAU 


Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.


TARIAN SUMAYAU


Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.


TARIAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT



Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”. Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.
 
     Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.



    Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri. Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.

      Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.



TARIAN KENYALANG 




Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.

Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung kenyalang ini melambangkan sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan. Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.


VIDEO TARIAN MASYARAKAT MALAYSIA

  
 Tarian Zapin



 
Tarian joget 


 
Tarian Ngajat